IQ Memory Booster



KECEMERLANGAN MINDA MERINTIS KEJAYAAN 

IQ Memory Booster adalah produk minda yang dirumus khas dari makanan sunnah yang disebut dalam Al-Quran dan Hadis iaitu :
  • Kurma
  • Za’rafan
  • Kismis
  • Madu
  • Habbatus Sauda
  • Ginko Biloba
  • Vitamin dan galian.
Mengikut kajian, antara sebab-sebab para pelajar tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran ialah lapar, tidak bertenaga, tiada tumpuan dan daya ingatan yang lemah dan kesihatan yang lemah.
IQ Memory Booster mampu membantu meningkatkan kecergasan fizikal & bertenaga, meningkatkan daya tumpuan, meningkatkan daya ingatan, meningkatkan kemampuan minda dan meningkatkan daya tahanan badan.

Cara Penggunaan
  • Ambil 1 sudu besar pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur
  • Sesuai untuk semua peringkat umur.
  • Sangat sesuai bagi wanita mengandung
Kandungan IQ Memory Booster 

KURMA

Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan pembuangan air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan:
Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekalius membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kecing manis. Ia juga merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang sedang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

MADU 

Firman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud : “Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia”. Al-Quran mengiktirafnya sebagai Asy-Syifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim untuk meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu juga mengandungi pelbagai zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium) kumprum dan silika. Rasulullah bersabda : “Sesiapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu.

SAFFRON @ ZA'FARAN 

Saffron @ Za'faran ialah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Ia juga digunakan sebagai bahan campuran semulajasi dalam pelbagai makanan dan minuman serta dalam bidang komestik. 
Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur menyebut tentang za’faran sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina. Saidina Ali juga pernah menyatakan : Sesiapa mengambil sebahagian za’faran tulen dicampur dengan madu dan diminum sebanyak dua sudu setiap hari maka dikagumi ingatannya sehinga dituduh melakukan sihir”.
Dalam kitab-kitab perubatan islam banyak memperkatakan tentang khasiat za'faran begitu juga dengan perubatan moden barat. Ia kaya dengan vitamin B1 & B2 ( Riboflavin & Tiamin).
 Antara khasiat Za'faran :-
  • Membantu menyempurnakan proses penghadaman
  • Menguatkan ingatan
  • Merawat anemia
  • Mengawal tekanan darah dan kolestrol
  • Mengurangkan risiko serangan jantung
  • Melancarkan pengaliran darah 
KISMIS

Khasiat dan Kegunaan Kismis:-
  • Melindungi hati.
  • Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
  • Melawaskan pembuangan air besar.
  • Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
  • Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
  • Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
Imam Az-Zuhdi berkata : “Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka hendaklah dia memakan zabib (kismis)”. Ada hadis yang menyebut : Sebaik-baiknya makanan ialah Zabib (kismis), ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut.

HABBATUS SAUDA 

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat.

KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2 tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-
·         Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")
·         Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

GINGKO 

Gingko merupakan tumbuhan tertua yang diketahui manusia yang dapat meningkatkan ingatan pada golongan dewasa dan mengembalikan fungsi ingatan pada pesakit yang mengalami gangguan otak kronik.
Ramuan gingko melancarkan pengaliran darah. Ini beerti lebih banyak nutrisi dan oksigen yang masuk ke otak sehingga kemampuannya meningkat.Gingko membantu salur darah rehat dan berkembang serta memudahkan peredaran darah dan menghalang kolestrol menyempitkan saluran darah.

BUAH-BUAHAN 

Buah-buahan memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. 

Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.